
Bila fikir balik dan kaji balik, tak banyak masa dapat ditumpukan pada perniagaan paintball ini. Aku akur bahawa untuk menjalankan perniagaan berkonsep perkhidmatan ini memerlukan banyak pengorbanan masa dan tenaga. Dan yang itu aku tak mampu berikan buat ketika ini.
Kebetulan di tempat kerja aku, tugasan makin bertambah, bebanan tugas memerlukan aku bekerja tidak mengikut jadual normal, kadang-kadang terpaksa datang pada hari cuti atau pulang lewat agak larut.
Jika sesiapa yang sudi untuk meneruskan usaha aku ini yang mana memartabatkan sukan paintball dikalangan masyarakat setempat ini, bolehlah calling2 aku dan nyatakan idea dan konsep yang membuat aku tertarik untuk melepaskan semua aset paintball yang ada dalam stor rumah aku itu.
Semua barang telah lengkap, padang ada sendiri, customer ada, cuma nak mencari insan yang benar2 boleh diHARAP ini amat sukar. Bantulah saya mencari orang tersebut dan orang yang bertuah itu boleh meneruskan perniagaan ini tanpa membuat saya risau ditempat lain.
Archive for October, 2009
Rasa Macam Nak Stop Bisnes
Oct 29
Berakhirlah festival tersebut hari ini dan ia banyak meninggalkan kenangan dan banyak juga pengalaman yang di timba dalam mempromosikan sukan paintball di negeri Perak ini. Kepuasan dicapai bila kami dapat menerangkan apakah itu sukan paintball kepada pengunjung dan merasa bagaimana menggunakan marker. Walaupun sukan ini masih ‘kurang’ dikenali di sini tapi rata-rata yang berkunjung ke booth kami menunjukkan minat mereka yang amat mendalam.
p/s Terimakasih kepada semua yang membantu dan penghargaan kepada Saudara Asri kerana sudi meminjamkan Marker beliau untuk pertujukan. Jasa anda tetap kami kenang

*Rakan Wajadiri through Sekretariat Rakan Muda UTP (SRMUTP) in
collaboraton with Ministry of Youth and Sports, Ministry of Higher
Education, Malaysia Book of Records and all martial arts organization in
Perak will organize an event named Martial Arts Fest.
This event which will be held at Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh
is a festival that gathers all martial arts organization around Perak under
a roof to share the comprehension about their disciplines. Besides, they
will be given a chance to promote the importance of martial arts to the
public. This will build a strong bond between them in achieving the mission
of integration.
Through this festival, there will be a lot of programmes such as
exhibition, demonstration, self-defense workshops, ryhtmic martial arts
performance and booth sales. We are also proud to present `Kick-A-Ton’ as a
side event in this fest. This `Kick-A-Ton’ will pursue the goal to break the
current record of the Malaysia Book of Records of a non-stop martial arts
kick in 24 hours.
From this fest, we hope that we can gain fund for charity purposes. We
also hope that we can bring up the name of UTP as one of the institutes
that can produce well rounded students who are creative and innovative.
Lastly, this Martial Arts Fest will become a platform to build the bridge
between UTP with outside communities.
Regards,
Ahmad Haziq b. Mohd Shah Zainudin
Petroleum Engineering
Universiti Teknologi PETRONAS
Musim tengkujuh
Oct 6

Program paintball 59 sekarang banyak terganggu oleh musim tengkujuh yang agak awal datangnya. Boleh dikatakan setiap petang bumi dicurahi oleh air hujan yang tidak tentu masa turunnya.
59 bercadang akan membuka semula perkhidmatan paintballnya selepas segalanya berlalu. Disamping itu beberapa pembaharuan akan didapati kali ini untuk memantapkan lagi sukan ini. Harap bersabar.
