Archive for May, 2009
YMCA Motivation Camp.
May 29
Kepada yang mahu cabaran kelajuan, boleh mencuba Speedball kami yang terletak di Kuala Dipang, Kampar. Konsep ‘Grab enemy Flag’ memang agak mencabar kerana anda terpaksa menempui kawasan lawan anda dan mencuba untuk meletakkan bendera di garisan penamat. Ujian telah dilakukan pada 24/5 yang lepas dan rata-rata mengatakan permainan ini memerlukan stamina dan skill yang agak tinggi serta strategi berpasukan yang mantap.
Kami membuka padang ini untuk umum seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 30/5 (mulai jam 2.30 petang) & Ahad 31/5 (mulai jam 9.00 pagi)
Lokasi : Dataran Kuala Dipang, Belakang Dewan Besar Rosalan Mahalan
Bayaran : RM20 untuk 100 biji peluru.
Pasar Malam adalah setiap hari Ahad mulai jam 5.00 petang. Ramai yang akan menonton…
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Saya dan rakan Marshall Sg Salu menerokai Hutan Simpan tersebut untuk menguji dan mengkaji kehendak pejuang-pejuang Woodsball yang inginkan kelainan dalam peperangan kali ini. Terasa bahang extremenya tatkala saya mula mendaki sebelum menerokai kawan itu. Kawasan belukar kecil beserta rimbunan buluh membuat saya terbayangkan suasana semasa menjalankan Anual Camp di Tg Tuallang 20 thaun dahulu.
Didapati kawasan ini agak luas dan bentuk muka buminya yang berbukit juga berbatu mengingatkan saya bahawa kesesuaian tapak BUKAN untuk mereka yang baru mahu mencuba juga mereka yang tidak mahukan thrill kerana kali ini, kawasan hutan ini penuh dengan suasana yang tidak dijangka seperti lobang-lobang persembunyian…
Pihak kami sedang menyiapkan keperluan seperti penanda kawasan juga pembersihan kecil sedang giat dijalankan untuk memastikan tapak siap pada masa yang ditetapkan.
Cadangan kami untuk menerima tetamu adalah pada 6/6/2009 dan hanya 4 pasukan 5 anggota yang pertama mendaftar akan menjadi kumpulan pertama menakluki Sg Salu. Bayaran RM50 dikenakan untuk setiap 200 pallet.
Jangan lepaskan peluang ini, sila hubungi saya untuk informasi lanjut.
Speedball kuala Dipang
May 24
Tahap gila ni…
May 21
PLUS will be coming
May 20
LAP mengganas lagi….
May 19
Sabtu, 16 Mei 2009 rakan-rakan kita dari LAP, juga dari DBI telah cuba menawan Jahang sekali lagi. Kali ini dengan taktik dan teknik terbaru. Mereka hanya berjaya disekat oleh hujan lebat petang itu yang telah turun agak lebat. Permainan disambung keesokan harinya…
Bisik-bisik pada petang itu bahawa satu grombolan pejuang dari DBI akan cuba pula menawan Jahang di satu masa yang akan ditetapkan kemudian nanti.
Dalam kita mendapatkan kepuasan yang maksima dalam sukan paintball ini pihak kami sedaya upaya mencari alternatif untuk mencapai kearah itu. Hendapan terhadap Hutan Simpan Sg Salu ini memang telah lama dibuat dan persetujuan kian hampir tercapai untuk menakluki lokasi ini. Bagi mereka yang mengharapkan kelainan dan mahu senario yang pelbagai, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan semasa dari blog ini untuk mendapatkan informasi terkini. Jadilah orang pertama menawan Salu.
Informasi berkenaan Hutan Simpan Salu
Terletak di dalam : Hutan Simpan Bujang Melaka
Jenis Hutan : Dipterokarp Bukit
Flora : Spesies pokok
Tarikan : Air terjun bertingkat, jeram-jeram kecil, panorama hutan asli
Kemudahan : Lorong kaki, pondok rehat, tandas awam, gerai makan
Aktiviti boleh dilakukan : Mandi/berenang, bersiar-siar, berehat, PAINTBALL (baru)
Bagaimana ke sana : Dari Pekan Gopeng atau Pekan Kampar atau Bandar Ipoh bolehlah menaiki bas atau teksi atau berkunjung dengan kenderaan sendiri.




