
Saya dapat jemputan berbunyi seperti dibawah. Patut ke kita join fiesta tersebut??
______________________________
Hii.. saya Fazli daripada Sharzie Enterprise… berminat tak untuk join kami di Fiesta RAja Sehari Perak 2009 pada 11 & 12 Julai 2009 di Jusco Kinta City Ipoh Perak. Publisiti Utusan Malaysia, Sinar, dan Perak FM. pertama kali dianjurkan di Perak. hubungi saya 019-426**** / 017-319****
Archive for April, 2009
Fiesta di JAYA JUSCO? Join?
Apr 30
Kepada para pejuang yang akan memeriahkan padang tempur kami, selamt datang kami ucapkan. Semoga anda mendapat kepuasan maksima dari program yang kami anjurkan. Kehadiran anda semua nanti memberi seribu makna untuk kami pengelola majlis.
Jangan lupa untuk mencatatkan nama anda didalam buku log kami dan diharap dapat mencoretkan sedikit komen anda di ruangan yang disediakan.
Terimakasih. Kami akan menanti 1,2,3 & 4 Mei ini nanti
Hujan yang mencurah lebat awal tengahari tadi membuat kami serba tak kena. Nak main paintball pun memang tak sesuai. Keadaan yang tidak menentu ini berlanjutan tapi nasib baiklah rakan dari Teluk Batik datang untuk memeriahkan suasana.
Bagaimanapun rasa puashati dalam misi kali ini walaupun tak ramai pengunjung untuk Karnival yang dianjurkan oleh KPM ini.
Apapun esok 20hb kami bercadang untuk buka padang woodsball di Jahang untuk umum. Feedback dan cadangan akan dipertimbangkan jika ada nanti….
59 di KPM Seri Iskandar
Apr 18
Tak ramai yang mengetahui apa itu paintball jadi terpaksalah menerangkan serta menunjukkan secara praktikal untuk mereka lebih mudah memahami.
Kaunter kecil dibuka yang tidak sepertinya untuk kali pertama untuk keluar berpromosi. Berkemungkinan 59 akan keluar lagi untuk promosi yang lebih hebat.
Mask atau topeng muka yang telah sedia untuk digunakan
Gas telah diisi dan peluru sudah sedia untuk dipergunakan.
Sebahagian dari marker yang digunakan beserta dengan stokinnya….
Bagi mereka yang ingin turun esok atau lusa untuk menyaksikan sendiri permainan paintball ini, saya telah memberi garis panduan untuk memudahkan anda kesana.
Disini anda perhatikan bahawa khemah kami diletakkan agak berasingan kerana kami memerlukan ruang untuk menyediakan tapak permainan ini
Khemah yang agak besar dapat melindungi kami dari panas dah hujan. Juga mungkin disebelah malamnya nanti kami akan meyiarkan rakaman perlawanan diantara pasukan terdahulu juga video clip dari permainan yang telah dimainkan oleh orang lain. Sudi-sudikan lah…. anda pasti tidak kecewa…..
Konsep Speedball yang berbeza sama sekali dari Woodsball akan dijalankan sepmpena karnival KPM hujung minggu ini nanti.
Lokasi telah dialih kebahagian yang lebih tinggi betul-betul selepas pintu masuk kolej tersebut.
Lokasi inilebih baik dengan rumput yang tebal membolehkan para peserta membuat stunt dan aksi yang pelbagai.
18hb adalah hari untuk perserta kolej dan 19hb (Ahad) akan terbuka untuk umum menggunakan paintball ini.
JUMPA ANDA DI SANA….
Jangan lupa untuk sama-sama hadirkan diri kesana. 59 akan menganjurkan pertandingan paintball disana..
