Archive for category pertandingan

Liga Amatur 1&2 Ogos 2009.. Moh kita gegor

PERNAMA challenge paintball amateur league 2009.
Kejohanan ini akan diadakan pada 1 dan 2 Ogos 2009
di Dataran Pernama, Jalan Hospital
sempena Karnival Pulun Sakan PERNAMA Ipoh.


2 Kategori akan dipertandingkan iaitu;
1. Liga Terbuka yuran RM300, 5 pemain.
2.Kalah Mati Terbuka 3 Sebelah yuran RM50, 3 pemain.

Dapatkan maklumat lanjut segera dari penganjur

No Comments

Selamat Datang Grup MPKI – 19/07/2009

Jika tiada aral, 30 peserta akan menjamah padang tempur kami yang baru di ubahsuai.
Semoga kehadiran mereka akan dapat memberi maklumbals terbaik untuk memantapkan lagi padang kami ini.
JUMPA KAMI DISANA

No Comments

Game Sabtu 27/06 ni..

3 team telah mendaftar untuk speedball Sabtu ni. Bermain waktu petang dan diharap hari tidak hujan. Dalam cuaca yang tidak menentu ini tidak dapat menjangkakan apa2 dan berharap pada kuasa tuhan sahaja.
Kalau berkesempatan besok jugak selepas games nak cuba-cuba main dihutan belukar yang telah disiapkan trek pada minggu lepas.
Pada yang ingin turut serta untuk sama2 memberi pandangan tentang senario baru ini diharap dapat hadirkan diri ke Kuala Dipang petang esok….. boleh test main lagi…

No Comments

Poster untuk Kejohanan Paintball Amatur Kuala Dipang.

p/s KLIK POSTER UNTUK BORANG PERTANDINGAN

Dah siap dah. Perbincangan telah dilakukan dan pelan promosi akan bergerak kedestinasi tujuan yang mana akan membawa mesej ini di keseluruhan kampung dan mukim yang berdekatan. Ini untuk memastikan permainan ini dapat juga dialami oleh mereka yang kurang berkemampuan tetapi ingin turut serta dalam pertandingan ini.
Bayaran yang agak murah ini bukan untuk merendahkan martabat sukan ini tetapi untuk memberi peluang kepada semua yang ingin bertukar sukan yang sedia ada sekarang.
Tugas berat ini diharap dapat dipikul bersama dengan menghebahkan keserata tempat akan promosi ini dan jika boleh untuk menghantar satu pasukan untuk memeriahkan Kejohanan ini.
Format dan cara pertandingan tidak banyak berubah dengan konsep bolasepak tetapi ini bergantung kepada jumlah pasukan yang akan menyertai nanti.

1 Comment

Pertandingan Bebola Cat (Paintball) Amatur 5 sebelah antara Mukim/Jajahan

Julung-julung kali pemain amatur diketengahkan. Cadangan pertandingan ini diadakan pada minggu pertama Ogos. Ia akan melibatkan sekitar daerah Kinta Barat & Selatan. Acara adalah berkonsep round robin/kalahmati. Bayaran Rm100 setiap pasukan. Sijil penyertaan akan diberi pada pasukan yang layak. Piala pusingan Datuk Seri** akan diberi pada pemenang. Tawaran hadiah lumayan juga menanti anda.

Rundingan mengenai perkara ini sedang diadakan. Borang penyertaan akan diedar kepada daerah yang telibat. Diharap anda dapat bersedia dengan pasukan anda.
** - akan dimaklumkan kelak..
foto sebagai hiasan
1 Comment