Archive for category Speedball

Kuala Dipang 31/5/2009 – Wow! Ada Kelas..

Cabaran Speedball memang memenatkan berbanding Woodsball kerana dalam permainan ini pemain terpaksa mengerahkan tenaga sambil merancang untuk menawan bendera musuh dan yang utama untuk mengelakkan diri dari tembakan pihak lawan.
Dalam speedball ini, anda memang tahu kedudukan musuh dan hanya tektik dan teknik membezakan kemenangan anda.
Kelmarin berlangsung lagi acara ini dan makin lama sambutan makin menggalakkan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan jalan utama membuatkan mereka menoleh untuk mengetahui suasana yang nampak berbeza ini.

Minggu depan 6 & 7 hb Jun, kami akan mencuba arena Woodsball yang berasaskan hutan dan lokasi telah dikenalpasti untuk ujian ini. Jika anda berminat untuk turut serta, boleh lah berhubung dengan kami untuk tempahan. JANGAN KETINGGALAN!!

1 Comment

Speedball kuala Dipang

Berjalan dengan baik seperti yang dijangka. Rakan2 ramai yang sanggup membantu untuk menjayakan sukan ini….

No Comments

Speedball Kuala Dipang 24/5/2009

Pihak 59 akan menawarkan peluang kepada mereka yang berminat dengan permainan paintball bercorak cepat dan tangkas. Ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan senario padang tempur untuk mengelakkan dari rasa bosan pada senario yang sama sahaja.
Dengan itu pada 24hb ini, saya mengajak mereka yang betul2 berminat untuk mencuba padang baru di Kuala Dipang dan nikmati thrill & adventure nya bila berada dipadang.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20/05 dan bayaran RM250/pasukan yang terdiri dari 5 orang.
Hubungi kami di nombor yang tertera diatas.
p/s gambar hanya hiasan
No Comments