Patut Ahad lepas tetapi ada yang dah booking tetapi kansel last minit. Aduhai… kita dah ready semua; padang, marshall & refreshment.. alih-alih tak datang.
Adat meniaga dan aku arif dengan masaalah sebegini. Nasiblah berniaga barang yang tak mudah rosak, boleh carry forward lain masa.
Ahad depan cadangnya nak buat friendly, tapi ada group dari UNITAR pulak call booking tarikh. Cadang nak mintak deposit sebab takut terjadi kegaggalan saat terakhir. Tapi tak patut pulak rasanya.
Anyway..kita nantikan sahaja apa yang berlaku.. bisnes tetap bisnes. Slow ke kencang ke.. ikut rezeki ler…
Archive for category Games
YAMAHA @ Jahang
May 3
3 Mei 2009 menjadi sejarah di padang kami kerana buat julung-julung kalinya satu kumpulan dari YAMAHA telah datang untuk merealisasikan impian mereka. Usia kami yang setahun jagung ini dan pengalaman untuk mengendalikan peserta yang ramai agak kurang, membuatkan kami agak kelam kabut sedikit. Tapi alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan begitu balik dan pihak kami juga berharap agar ketiakpuasan hati pengunjung pada tahap yang minima. Maafkan kami yer….baru belajar nak handle game besar. Dalam keadaan kelamkabut itu, saya yang sepatutnya ada 2 buah kamera bersedia untuk merakamkan saat-saat manis itu, namum agak kecewa kerana kamera tersebut di letakkan didalam kereta yang satu lagi… arghhhhhhhhhhhhhhh….. kecewa betul saya. Video dibawah ni pun di ambil dari kamera di handfon cap ayam saya sahaja… kalau geng YAMAHA sudi, boleh pass-pass kat saya foto2 yang diambil tempohari untuk rekod dan kenang kami di JAHANG…… anda juga boleh emelkan kepada kami …..
Bagi kami grup kali ini agak sporting, berani mencuba dan sanggup berjuang meskipun apa juga rintangan. Saya tengok ada 3-4 orang wanita yang turut sama menyahut cabaran ini… BRAVO to you guys…. Semoga jangan serik dan berjumpa lagi dilain masa….

