Archive for category projek
Projek di UniKL
Jun 2
Memberi ruang kepada pihak UTP menjalankan Karnival pada minggu yang sama, pihak KPM Seri Iskandar terpaksa menunda program mereka ke minggu berikutnya. Aturcara tetap sama dan pertandingan akan tetap dijalankan seperti yang dirancang. Moga-moga pertukaran tarikh ini membawa satu hikmah kepada acara ini.
Audit Tapak Baru – Kampar
Mar 25
Jumpa dengan ‘orang kuat’ Kampar dan beliau menunjukkan lokasi-lokasi strategik untuk diusahakan projek paintball ini. Terima kasih saudara Azeril.
Bandar Baru Kampar – bersebelahan dengan rumah kedai. Ada kedai mamak 24 jam dan kedai Tomyam. Lokasi agak baik tapi bagi aku paintball memerlukan kawasan yang agak terpencil supaya nampak lebih istimewa lagi.
Kuala Dipang – sekali pandang sudah menampakkan ciri ‘perang’nya dan tapak ini kepunyaan JKKK kawasan berkenaan. Aku rasa lebih baik aku membantu mereka dari membantu individu sahaja. Besar berkatnya….
p/s… tak tahu dimana lokasi yg aku nak pilih sebenarnya… masih dlm kira mengira..

