Archive for category Aktiviti

Kelab Kembara Malaysia – Paintball Session

Lokasi : Kunchi Ayer, Chenderong Balai.
Senario : Kelapa Sawit
Masa : 2.30pm

Sesi ujian dan latihan di jalankan oleh AJK kelab untuk mendapat pengetahuan tentang paintball ini supaya boleh dibawa dalam aktiviti Kelab dimasa akan datang. Senario Kebun Kelapa Sawit ini saya dapati lebih kurang sama dengan Speedball sahaja kerana pasukan boleh melihat musuh masing-masing. Agak menarik jika pasukan di jarakkan ssehingga hujung kebun supaya mereka tidak dapat mengenalpasti lokasi musuh jika serangan bermula.
Satu pengalaman baru bagi 59, dan beberapa kelemahan dikenalpasti untuk pembaikan dimasa akan datang…

2 Comments

Projek Paintball

Terimakasih kepada penganjur Karnival kerana sudi menjemput saya untuk menganjurkan pertandingan pertunjukan ini.
Saya akan sedaya upaya membuat yang terbaik untuk menjadikan aktiviti ini mendapat sambutan dari orangramai.
No Comments

Pertandingan Paintball Terbuka Berpasukan – Bermain Sambil Berbakti

Lima Sembilan Paintball ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menjayakan pertandingan paintball yang akan diadakan di Kolej Professional Mara Seri Iskandar bulan April ini. Inilah peluang untuk anda mencuba sukan aksi lasak ini yang julung-julung kalinya di buat di kawasan ini.
Untuk tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik, pihak syarikat akan mendermakan sebahagian dari keuntungan dari program tersebut kepada Rumah Anak2 Yatim yang akan ditentukan kelak. Jadi, anda bermain, anda juga akan sama-sama berbakti,

Syarat2 pertandingan;
1. Empat (4) sepasukan (1-gantian)
2. Lelaki/Wanita – Umur 18 tahun keatas
3. Fikiran waras & Sihat tubuh badan
4. Kerjasama berkumpulan.
5. Bayaran RM160/pasukan (RM40/pax)
Anda akan dibekal;
1. Satu set peralatan menembak
2. Peralatan perlindungan diri
3. Peluru sebanyak 100 biji

Lain-lain
1. Pertandingan adalah secara round robin / kalah mati bergantung kepada jumlah pasukan
2. Peluru in-house sahaja dibenarkan. Belian tambahan RM20/100biji boleh didapati di meja urusetia.
3. Keputusan Marshall/Warsit adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat.
4. Pihak syarikat akan memastikan permainan ini ditahap selamat. Sebarang kecederaan adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
5. Syarat-syarat lain yang akan di terangkan semasa perlawanan, patut dipatuhi.
Jika anda berminat, buat satu pasukan dan daftarkan diri bersama yuran kemasukan kepada saya dengan segera.
Borang penyertaan akan dibekalkan nanti…

No Comments

Pesta Paintball – Kolej Professional Mara Seri Iskandar

Lima Sembilan dengan kerjasama pihak Kolej akan mengadakan satu pesta paintball dalam memenuhi karnival mereka yang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan April ini.
Insyaalah, pihak 59 akan menempatkan ruang tempur disana kepada mereka yang ingin menyahut cabaran extrim ini.
Sila nantikan kemunculannya tidak lama lagi…..
No Comments

Program Amal – Asrama Darussalam

Aktiviti hujung minggu aku kali ini di Rumah anak2 Yatim yang disyorkan oleh rakan aku.

Hmmmm…. mungkin usia aku sudah menerjah senja atau sifat keras hati aku sudah cair, bergenang airmata aku bila mengenangkan jika anak-anak aku terpaksa menumpang teduh ditempat sebegini di masa hadapan nanti.

Siapa tahu ajal maut ditangan ilahi…..

No Comments

Usahasama Heritage Hotel – Lima Sembilan

Terkejut juga aku pagi-pagi lagi ada orang menelefon dari hotel tersebut. Dia mengajak aku untuk Hi-Tea bersamanya disana. Aku bertanya, apakah tujuannya itu tetapi dia kata mahu bebincang dengan aku soal perniagaan. Hairan jugak.. nama yang sebesar itu mengajak aku untuk menjalankan perniagaan bersama. Rupanya, beginilah bagaimana bangsa-bangsa asing masih boleh bertahan dalam perniagaan kerana sanggup merendahkan diri demi untuk mencari peluang-peluang baru.

Anyway, aku terpaksa menolak kerana aktiviti bersama anak-anak yatim sudah hampir dan aku memang mengutamakan demi untuk saham-saham akhirat nanti. Nampak sangat dia agak kecewa kerana aku menolak dan aku mahu pastikan dia benar-benar perlukan aku selepas ini jugak jika dia menelefon semula selepas 2 minggu. Kita tengok sejauh mana kesungguhannya. Dia masih lagi mahu berjumpa aku di ‘pejabat’ aku, tapi aku mengatakan aku bekerja makan gaji sambil menjalankan bisnes ini. Walaubagaimanapun aku berjanji kepada dia yang aku akan tidak mengecewakannya selepas urusan aku selesai tidak lama lagi.

Aku bertanya kepada dia apakah yang aku dapat jika berurusan dengan nya… hmmm… satu soalan lazim yang aku tanya dalam perniagaan aku. Dia menawarkan aku pakej lodging yang menarik serta fasiliti hotel untuk pelanggan-pelanggan juga kakitangan kelab aku.. Wah…sudah agak baik ini semua. Dan aku pasti dia mahu letakkan pakej paintball ini sebagai aktiviti xtreme nya di menu hotel..

Aku akan update lagi selepas ini…

No Comments

Pertempuran antara ahli radio amatur Perak

Kepada yang berminat nak join sama:

Tarikh: Ahad 21/12/2008
Masa : 11.00pagi – 3.00petang
Tempat: Padang Tempur Lima Sembilan.
Penyertaan: RM20 seorang untuk 50 biji peluru.

Keterangan lanjut boleh didapati di:

Http://vee99.blogspot.com

Sekian dimaklumkan….

No Comments

59′er Paintball Marshall

Pihak 59 ingin mengundang rakan2 untuk menjadi Marhall untuk mengendalikan sebarang pertandingan yang akan di jalan kan di padang kami. Latihan akan diberikan secukupnya sebelum dibenarkan untuk mengendalikan sebarang pertandingan.

Sila hubungi saya seperti taian yang tertera diatas…

58′er

No Comments

Sample Bunker


Ini Untuk tounerment besar2.


Proposal untuk khemah pengurusan

No Comments

Sessi Percubaan Padang

Sesiapa yang berminat untuk mencuba layout terbaru padang yang diusahakan oleh 9W2FTB boleh menghubungi saya di nombor telefon yang tertera di atas….
Cadangan: Sabtu 25/10/2008 4.00ptg…
Ada 6 Marker sahaja untuk sesi percubaan ini….
No Comments